Tempat Terbaik

Selamat datang ke  C.A.H. Enterprise (Perlis) Sdn Bhd  kami adalah pembekal dan menjual berbagai jenis barang-barang  hardware dan bahan-bahan binaan kawasan Perlis dan Kedah.Untuk hubungi Tel: 04-9770261 Fax 04-9774303
Malaysia :

Perlis Dari Tahun Limapuluhan

Pada masa  Jepun memerentah Malaya  dan pada bulan Oktober 1942 aku telah
 dilahirkan. Semasa aku berumur 7 tahun sekolah inilah mula aku bersekolah,
 duduk diatas lantai tiada kerusi  meja seperti sekarang dan menulis pula 
mengguna papan batu. Budak-budak sekarang  mana kenal papan batu. 

Darjah satu hingga darjah tida duduk atas lantai

                      
                                                 Papan Batu

Kalau nak tahu papan batu tenggok gambar  diatas ini.
Distation Keretapi Arau ini pula adalah menjadi kenanganku.  Masih lagi ku ingat aku 
dapat tawaran menjadi tentera dan latihan Rekrut selama enam bulah di Port Dickson, 
tiada siapa yang menghantarku untuk ke station keretapi Arau hanya Tok Wanku Hj 
Kasim bin Harun yang  menghantar aku semasa aku berangkat ka Pot Dicksin pada
 22 Oktebor 1961untuk menjalani latihan Rekrut. 


Beginilah kerjaku semasa aku berumur lingkongan lima belas tahun untuk mencari duit saku dan
membeli pakaian dan yuran sekolah. Kerja pukul padi ini aku mulai diwaktu petang dan disambung
malam sehingga pagi. Kalau tidak larat aku berhenti jam 3 malam dan tidur dalam lunggok gerami.
Pengelaman tidor dalam longgok jerami padi sunggoh seronok. 







Market Kangar Tahun Lima Puluhan




Diatas adalah Panggong Wayang Empire sekarang tiada lagi hanya menjadi sejarah bagi orang 
lama sahaja, Panggong ini gambar yayangg filem Shaw Brother sahaja,  Yang menjadi book
office filem lakunan Tan Sri P. Ramlee sehingga satu atu dua minggu orang ramai penuh, untuk
menggambil berbut-rebut lebih senang membeli tiket kapada black merket.  
Tayangan Filem seperti Abu Hasan Pencuri, Semerah Padi, Musang Berjangut, Anakku Sazali, 
Madu Tiga dan banyak lagi filem-filem yang di tayang di Panggong ini. 

Dulu semasa aku budak-budak inilah sahaja hiburan yang ada,. tidak seperti sekarang ada TV, ada Video dan dalam youtube boleh menuntun dari gambar lama sehingga gambar baru.  









Perhentian Bus Kangar Tahun Enam Puluhan

Ambulam Pertama Negeri Perlis

                               


                                                   Istana Arau Tahun Enmpuluhan
Atas & Bawah Telaga Nyior Manis  Lapan Puluhan
Telaga Nyior Manis Sekarang





Bumi Hijau Gunong Medan 1950



No comments:

Post a Comment